Monday, February 23, 2009

Ponzi - Skema Dari Sifat Rakus Manusia

Sifat tamak manusia sangat mudah untuk diperkudakan. Pulangan beribu RM adalah menjadi idaman setiap manusia. Beribu orang terpedaya oleh Pak Man Telo pada tahun 80an, tetapi kini manusia tamak masih belum serik-serik, malah bertambah ramai. Pulangan yang tidak logik, tanpa asas yang sebenar masih dipercayai. Ponzi, pengasas skim sebegini sedang berguling tergeletek di dalam kuburnya. Satu skim MLM dengan satu produk kesihatan, yang tidak perlu pun untuk membelinya, menjanjikan pulangan lumayan.

Fikirl-fikirkanlah, Jangan mudah melepaskan wang tabungan anda kepada skim sebegini.

Tuesday, January 20, 2009

Skim Cepat Kaya

Awas! Banyak sekali terdapat bisnes jualan terus berasaskan Multi-level Marketing (MLM) yang berbentuk piramid. Ahli-ahli baru dicari seramai mungkin untuk memastikan pendapatan beribu RM dikekalkan selama mungkin bagi sedikit golongan di atas.

Barangannya selalunya adalah produk kesihatan, sungguhpun sangat bermutu, tetapi hakikatnya TIDAK diperlukan. Untung jualan sangat tinggi serta ditawarkan berbagai jenis bonus. Anda mesti mendapatkan downlines untuk memperoleh sedikit keuntungan. Terdapat MLM yang hanya mempunyai satu produk sahaja, yang dijual begitu tinggi harganya.