Tuesday, January 20, 2009

Skim Cepat Kaya

Awas! Banyak sekali terdapat bisnes jualan terus berasaskan Multi-level Marketing (MLM) yang berbentuk piramid. Ahli-ahli baru dicari seramai mungkin untuk memastikan pendapatan beribu RM dikekalkan selama mungkin bagi sedikit golongan di atas.

Barangannya selalunya adalah produk kesihatan, sungguhpun sangat bermutu, tetapi hakikatnya TIDAK diperlukan. Untung jualan sangat tinggi serta ditawarkan berbagai jenis bonus. Anda mesti mendapatkan downlines untuk memperoleh sedikit keuntungan. Terdapat MLM yang hanya mempunyai satu produk sahaja, yang dijual begitu tinggi harganya.

No comments:

Post a Comment