Anda banyak melihat atau menerima risalah/flyer yang menawarkan pendapatan yang sangat menarik hati sampai ribuan RM per minggu. Pada flyer lengkap dengan nombor henset dan boleh datang pada ceramah yang dianjurkan.
Sistem yang ditawarkan sangat menarik dan boleh diterima akal, dengan berlapis-lapis bonus yang akan diperolehi. Penghujungnya anda perlu mencari downline.
Pokok pangkalnya adalah produk yang dijual. Ada jualan barulah dapat duit. Di sinilah letaknya "wibawa" sesuatu produk itu. Biasanya produk yang akan dipromosikan sangat bermutu tinggi dan mahal harganya. Harga yang sebegini diperlukan, untuk menghasilkan lapisan bonus ditawarkan, dari bonus untuk anda sebagai penaja sehingga kepada pengurusan syarikat itu sendiri.
Oleh itu anda kiralah sendiri berapakah banyak produk yang harus dijual dan downlines yang mesti dicari (uang daftar!!) untuk menghasilkan ribuan RM per minggu?
Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment